Juventus berjaya mara ke pentas akhir aksi Liga Juara-Juara Eropah (CL) selepas mencatat keputusan seri 1-1 ke atas Real Madrid di Bernabeu awal pagi Khamis.
Dengan kemenangan 2-1 pada aksi pertama minggu lalu, Juventus mengatur permainan bijak mengawal permainan sebelum mengesahkan slot akhir milik mereka dengan agregat 3-2.
Jaringan Alvaro Morata pada minit ke-57 berjaya menepis kemaraan tuan rumah apabila Cristiano Ronaldo membuka jaringan pada minit ke-23 melalui sepakan penalti.
Skuad Carlo Ancelotti gagal menggunakan peluang bermain di laman sendiri untuk menambah jaringan pada babak kedua permainan.
Harapan Los Blancos untuk mempertahankan kejuaraan akhirnya berkecai sekaligus membuka peluang skuad Old Lady menamatkan 12 tahun kemarau mara ke aksi akhir.
Juventus yang juga juara Serie A musim ini bakal bertemu Barcelona di pentas akhir pada 6 Jun ini.
Kali terakhir skuad Juventus yang kini dibimbing Massimiliano Allegri pada tahun 1996 selepas pertama kali bergelar juara musim 1985. - mstar
ADS HERE !!!