Sudah lama tidak mendengar cerita daripada pelakon jelita yang tidak dimamah usia, Nasha Aziz dan katanya pelakon yang pernah dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysa ke-17 ini sedang rapat dengan seorang jejaka Pakistan.
Rakan kepada Raja dari ruangan BiPop telah menyatakan bahawa telah terserempak dengan Nasha baru-baru ini dan lebih mengejutkan, dia turut dilihat bersama dengan seorang lelaki Pakistan yang berusia 20-an dan semestinya kacak.
Tambah sumber itu lagi, mereka kelihatan mesra dan manja seperti sedang dilamun cinta dan sebaik ditegur oleh teman Raja, pasangan ini kelihatan malu-malu. Namun sama ada mereka benar-benar sedang menjalin cinta, tidak pula diceritakan oleh sumber tersebut.
Apa-apa pun, jika Nasha sudah betul-betul bersedia, mungkin satu hari nanti dia akan memberitahu perkara sebenar kepada orang ramai. Peminatnya pun pasti tertunggu-tunggu cerita mengenai dirinya yang sudah lama benar tidak muncul di kaca televisyen. - rotikaya
ADS HERE !!!