Pasukan keselamatan sudah mengerahkannya semua kekuatannya bagi menjalankan operasi memburu serta memintas kumpulan bersenjata yang menculik dua mangsa di Restoran Ocean King dekat sini, malam tadi.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman, berkata ia membabitkan Pasukan Polis Marin, Angkatan Tentera Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Pasukan Gerakan Am.
“Chopper (helikopter) dari APMM dan Tentera Udara Diraja Malaysia juga diarahkan untuk memintas suspek yg menggunakan bot laju itu pada malam ini juga,” katanya menerusi kenyataan. Jalaluddin berkata, semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati kejadian berlaku pada jam 7.26 malam.
“Kesemua suspek datang dari arah tangga sisi belakang restoran dan terus menuju ke arah mangsa yang duduk di meja berlainan.Kedua-dua mangsa ditarik secara paksa,” katanya.
Dalam kejadian itu, Thien Nyuk Fun, 50, adik ipar kepada pemilik restoran berkenaan serta Bernard Then, 39, diculik empat lelaki bersenjata yang menyerbu restoran itu sebelum melarikan mangsa dalam tempoh kira-kira seminit. - Berita Harian Online
ADS HERE !!!