Penyanyi Ronnie telah mengesahkan bahawa dia telah disingkirkan dari menjadi vokalis
kumpulan Hyper Act selepas kemelut dalaman kumpulan tersebut hangat diperkatakan sejak kebelakangan ini.
"Saya bukannya disingkirkan tanpa pengetahuan saya seperti mana diperkatakan sebelum ini tetapi ia atas perbincangan bersama antara kami.
"Bagi saya tidak ada apa yang ingin diperbesarkan kerana semuanya sudah selesai dengan baik," katanya yang dipetik dari mStar.
Dalam pada itu, penyanyi berusia 34 tahun itu bagaimanapun enggan mendedahkan punca sebenar penyingkiran itu, namun berkata hubungan mereka masih baik.
"Sebenarnya tidak ada isu pun Cuma berita mengenainya disensasikan dan hubungan kami masih lagi baik sebenarnya." - tupai