Mia Allesya Blog

  • Home
  • About
  • Sitemap
  • Privacy Policy
  • Contact
  • Dropdown Menu ▼
    • Submenu 1
    • Submenu 2
    • Submenu 3
  • Advertise
Home » hiburan » Cat Farish bakal kembali muncul bersama Ruffedge

Cat Farish bakal kembali muncul bersama Ruffedge

Posted by Unknown
» hiburan
» Monday, 11 May 2015

Penyanyi popular Cat Farish mendedahkan dia kini dalam perancangan untuk tampil kembali dengan kumpulan Ruffedge dengan mengumpulkan semula anggota kumpulan asal untuk merakam semula lagu.


Cat Farish bakal kembali muncul bersama Ruffedge

"Memang itu perancangan yang sedang saya atur sejak berbulan-bulan lalu. Bukan senang nak mengumpulkan semula ahli Ruffedge tetapi ini yang akan saya lakukan untuk mengembalikan semula kumpulan itu.

"Hasrat tersebut telah pun disuarakan kepada mereka dan nampaknya masing-masing sudah memberikan reaksi positif untuk bergabung semula demi peminat," katanya yang dipeti dari Utusan Online.

Tambah Cat lagi, dia kini masih memikirkan lagi tentang lagu yang akan dirakamkan nanti dan tidak menolak untuk merakamkan semula lagu daripada album terdahulu.

"Mungkin ini hanya akan dijadikan projek semata-mata dan mengembalikan semula nama Ruffedge seperti yang pernah kami lalui satu ketika dahulu."

Dalam pada itu, Cat berkata dia kini berbangga apabila melihat lagu hip hop yang dahulunya dipandang sebelah mata kini mula menguasai pasaran.

"Saya tidak mengistilahkan diri sebagai pencetus tetapi yang saya selama ini nampaknya sudah menjadi perhatian peminat dan diterima ramai.

"Kalau lihat kembali lagu-lagu Ruffedge sendiri sudah ada diselitkan elemen R&B dan hip hop dalam lagu.

"Tapi ketika itu tak semua orang boleh terima dan memahami yang cuba disampaikan. Senarionya telah berubah sama sekali apabila lagu rap dan hip hop sudah menguasai kebanyakan anugerah berprestij dan diterima baik sebaris dengna penyanyi irama yang lain."

"Paling membanggakan apabila munculnya ramai penyanyi baru yang berbakat besar. Kebanyakan anugerah juga memperuntukkan tempat untuk juri yang pakar dalam lagu sebegini."

Sementara itu, Cat berkata dia bakal muncul dengan album bersama Tiga Swagger tidak lama lagi. - tupai

ADS HERE !!!
Newer Post
Older Post
Home
Hit Counter
Hit Counter

Find Us On Facebook

Labels

berita gosip hiburan info sensasi terkini

Blog Archive

LATEST POSTS

Popular Posts

  • Zalif Sidek Bakal Nikah Gadis Dari Terengganu
    Selepas satu-satu artis tanah air bakal menamatkan zaman bujang. Terdahulu dunia hiburan dikhabarkan berita gembira pernikahan Fahrin Ahmad...
  • Video Anggota Jabatan Kesihatan Diacu Parang
    Tersebar dilaman sosial hari ini sebuah video yang menunjukkan satu kejadian di mana anggota dari Jabatan Kesihatan telah diugut dengan dia...
  • Foto Selfie Fazura Dengan Anjing Dikecam Hebat
    Mungkin sudah lumrah bergelar selebriti, apa sahaja yang dilakukan pasti mendapat perhatian netizen. Buat itu tak kena, buat ini tak kena. ...
  • Selfie Fahrin Ahmad dan Elena Hani di Venice
    Sebelum ini Elena ada menyatakan ingin membawa lari suaminya Fahrin Ahmad ke Dubai. Tapi mereka akhirnya singgah dahulu ke Kota Percitaan...
  • Anzalna Nasir bakal tamat zaman bujang
    Pelakon jelita Anzalna Nasir bakal menamatkan zaman bujangnya dengan kekasih Hanif Zaki, namun masih belum mempunyai tarikh perkahwinan la...
Powered by Blogger.

Copyright © Mia Allesya Blog. All rights reserved. Your Links Here Link. Link Here.
New Thesis SEO V3. Designed by CB Blogger. Original Theme: Thesis SEO. Powered by Blogger