Mia Allesya Blog

  • Home
  • About
  • Sitemap
  • Privacy Policy
  • Contact
  • Dropdown Menu ▼
    • Submenu 1
    • Submenu 2
    • Submenu 3
  • Advertise
Home » hiburan » Kesenangan Azharina Hasil Uruskan Empat Syarikat

Kesenangan Azharina Hasil Uruskan Empat Syarikat

Posted by Unknown
» hiburan
» Monday, 25 May 2015

Penyanyi Azharina menyangkal dakwaan yang mengatakan dia ditaja orang atasan sehingga mampu hidup mewah pada masa kini.


Kesenangan Azharina Hasil Uruskan Empat Syarikat

Azharina atau nama sebenarnya Azharina Azhar, 30, berkata selama lima tahun menyepikan diri dalam industri hiburan, dia sibuk menguruskan perniagaannya sendiri.

“Saya sekarang sangat sibuk kerja di belakang tabir. Hanya orang dalam industri sahaja yang tahu apa yang saya buat.

“Bukan sahaja saya perlu menguruskan satu perniagaan tetapi empat syarikat iaitu Azharina Entertainment, Top 3 Production Sdn Bhd, Nina Co Resources dan Glam Media Production,” katanya dalam nada bergurau kepada mStar Online.

Azharina ditemui ketika pelancaran single Cinta Kita Selamanya di Wisma Rampai, di sini pada Isnin.

Selain itu, Azharina berkata berkat usahanya selama ini membolehkan dia menebus pasaran antarabangsa dengan penghasilan dokumentari khas.

“Saya dah buat hampir 500 dokumentari untuk RTM sahaja dan terbaru saya buat dokumentari untuk Discovery Channel.

“Bagi Nina Co Resources, saya buat pelaburan hartanah dengan membeli rumah yang dilelong dan saya sewakan. Setakat ini saya sudah memiliki hampir enam buah rumah.

“Orang ingat lepas bergelar janda terus saya menyendiri sedangkan siang dan malam mencari duit,” katanya.

Tambah Azharina, dia juga turut menghasilkan dokumentari untuk Travel and Living Channel seperti Exotica Malaysia dan Pakcik Mabul Kima Kam.

Dalam pada itu, selepas lima tahun menyepi, Azharina kembali dengan single Cinta Kita Selamanya yang merupakan hasil terbitan bersama FASTYLE dan Azharina Entertainment.

Lirik lagu tersebut ditulis Puteri Balqish Agalan dan mendapat sentuhan dari komposer terkenal Datuk Adnan Abu Hassan. - mstar

ADS HERE !!!
Newer Post
Older Post
Home
Hit Counter
Hit Counter

Find Us On Facebook

Labels

berita gosip hiburan info sensasi terkini

Blog Archive

LATEST POSTS

Popular Posts

  • Surat Terbuka Berani Mati Daripada Seorang Guru Untuk PM
    Kita semua sudah sedia maklum dengan khabar terbaru dimana harga petrol meningkat lagi sebanyak 10 sen seliter. Sebelum itu sejak GST dila...
  • Hari Terakhir Gerrard Di Anfield Penuh Duka
    Kapten Liverpool, Steven Gerrard mengucapkan selamat tinggal kepada penyokong The Reds dengan nota kurang gembira selepas tewas 1-3 kepada...
  • Emma Maembong Mengaku Jiwa Terkesan Akibat Putus Cinta Zizan Razak
    Pelakon Emma Maembong mendedahkan perpisahannya dengan pelawak Zizan Razak pada awal Januari lalu memberi kesan mendalam pada dirinya sehi...
  • Kesenangan Azharina Hasil Uruskan Empat Syarikat
    Penyanyi Azharina menyangkal dakwaan yang mengatakan dia ditaja orang atasan sehingga mampu hidup mewah pada masa kini. Azharina...
  • Tunang Shukri Yahaya Cemburu Dengan Adegan Mesra Dalam Drama Dia Isteri Luar Biasa
    Aksi mesra diantara Shukri Yahaya dan Fathia Latiff didalam dram Dia Isteri Luar Biasa telah mengundang rasa cemburu tunang kepada aktor t...
Powered by Blogger.

Copyright © Mia Allesya Blog. All rights reserved. Your Links Here Link. Link Here.
New Thesis SEO V3. Designed by CB Blogger. Original Theme: Thesis SEO. Powered by Blogger