Mia Allesya Blog

  • Home
  • About
  • Sitemap
  • Privacy Policy
  • Contact
  • Dropdown Menu ▼
    • Submenu 1
    • Submenu 2
    • Submenu 3
  • Advertise
Home » Elena Hanis Eleas » Fahrin Ahmad » gosip » hiburan » info » Isteri Fahrin Ahmad Bukan Janda Anak Satu » sensasi » terkini » Isteri Fahrin Ahmad Bukan Janda Anak Satu

Isteri Fahrin Ahmad Bukan Janda Anak Satu

Posted by Unknown
» Elena Hanis Eleas, » Fahrin Ahmad, » gosip, » hiburan, » info, » Isteri Fahrin Ahmad Bukan Janda Anak Satu, » sensasi, » terkini
» Saturday, 9 May 2015

Pelakon filem Puaka Tebing Biru, Fahrin Ahmad selamat bernikah dengan ketua pramugari syarikat penerbangan antarabangsa Emirates Airlines, Elena Hani Eleas dengan sekali lafaz pada jam 10.40 pagi sebentar semalam. Memilih 9 Mei sebagai hari pernikahan, tarikh tersebut amat bermakna kepada Fahrin kerana dia menyambut ulangtahun kelahirannya ke-36 pada hari yang sama.


Isteri Fahrin Ahmad Bukan Janda Anak Satu, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, Fahrin Ahmad, Elena Hanis Eleas

Membuat pengumuman untuk mengakhiri zaman bujang empat hari sebelum majlis dan merahsiakan identiti isterinya, ramai yang membuat spekulasi liar tentang isteri Fahrin. Timbul tuduhan yang isteri Fahrin merupakan seorang yang berstatus janda anak satu. Menyanggah spekulasi tersebut, Fahrin menafikan isterinya adalah seorang janda.

“Selepas sidang media tersebut, macam-macam cerita yang keluar mengenai isteri saya. Banyak telahan dan tekaan yang dilakukan. Ada yang membuat spekulasi mengatakan isteri saya seorang cikgu, seorang pramugari, malah ada juga yang mengatakan saya bakal berkahwin dengan seorang janda anak satu.

“Inilah antara spekulasi yang timbul dari ramai pihak. Namun begitu, semuanya adalah tidak benar. Isteri saya merupakan seorang bujang dan belum berkahwin. Saya merupakan suami pertama kepada Elena,” ujar Fahrin memulakan perbualan.

Ketika ditanya mengenai sikap isterinya yang membuat Fahrin terpikat, pelakon filem Pilot Café ini menggemari sikap Elena yang matang, bijak dan hati Elena yang sangat kuat.

“Elena bersikap matang dan bijak. Saya kagum dengan sifatnya yang kuat. Hatinya sangat cekal untuk menyimpan rahsia hubungan mereka. Dia langsung tidak memberitahu rakan-rakannya yang kami berdua menjalin hubungan. Dia sangat kuat menyimpan rahsia,” kata Fahrin lagi.

Bakal berbulan madu di Venice dan Monte Carlo, majlis resepsi perkahwinan mereka bakal dilakukan selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri lagi. Mereka masih belum mendapat tarikh spesifik bila majlis tersebut bakal diadakan kerana Elena masih belum mendapat cuti.


Sumber : murai

ADS HERE !!!
Newer Post
Home
Hit Counter
Hit Counter

Find Us On Facebook

Labels

berita gosip hiburan info sensasi terkini

Blog Archive

LATEST POSTS

Popular Posts

  • Zalif Sidek Bakal Nikah Gadis Dari Terengganu
    Selepas satu-satu artis tanah air bakal menamatkan zaman bujang. Terdahulu dunia hiburan dikhabarkan berita gembira pernikahan Fahrin Ahmad...
  • Video Anggota Jabatan Kesihatan Diacu Parang
    Tersebar dilaman sosial hari ini sebuah video yang menunjukkan satu kejadian di mana anggota dari Jabatan Kesihatan telah diugut dengan dia...
  • Foto Selfie Fazura Dengan Anjing Dikecam Hebat
    Mungkin sudah lumrah bergelar selebriti, apa sahaja yang dilakukan pasti mendapat perhatian netizen. Buat itu tak kena, buat ini tak kena. ...
  • Selfie Fahrin Ahmad dan Elena Hani di Venice
    Sebelum ini Elena ada menyatakan ingin membawa lari suaminya Fahrin Ahmad ke Dubai. Tapi mereka akhirnya singgah dahulu ke Kota Percitaan...
  • Anzalna Nasir bakal tamat zaman bujang
    Pelakon jelita Anzalna Nasir bakal menamatkan zaman bujangnya dengan kekasih Hanif Zaki, namun masih belum mempunyai tarikh perkahwinan la...
Powered by Blogger.

Copyright © Mia Allesya Blog. All rights reserved. Your Links Here Link. Link Here.
New Thesis SEO V3. Designed by CB Blogger. Original Theme: Thesis SEO. Powered by Blogger