Mia Allesya Blog

  • Home
  • About
  • Sitemap
  • Privacy Policy
  • Contact
  • Dropdown Menu ▼
    • Submenu 1
    • Submenu 2
    • Submenu 3
  • Advertise
Home » hiburan » XPDC Nyaris Berpecah

XPDC Nyaris Berpecah

Posted by Unknown
» hiburan
» Thursday, 14 May 2015

Vokalis XPDC, Mael mendedahkan ahli-ahlinya nyaris berpecah gara-gara tiada persefahaman pada zaman kegemilangan kumpulan itu sekitar tahun 1990-an.


XPDC Nyaris Berpecah

Mael  atau nama sebenarnya, Syed Ismail Syed Ibrahim berkata, bagaimanapun, kerana sayang pada kumpulan dan menghargai peminat membuatkan mereka kekal sehingga kini.

"Sedangkan lidah pun tergigit apatah lagi sesama rakan. Diakui kami nyaris berpecah atas kesilapan lama sebelum ini.

"Tambahan pula persefahaman yang kurang buatkan kami tidak boleh bersama. Tetapi selepas memikirkan susah senang kami bersama dan sokongan padu peminat membuatkan XPDC masih wujud sehingga ke hari ini," kata Mael kepada mStar Online.

Mael ditemui pada sidang media Konsert Rockestra XPDC: Aku Masih Disini di Talent Lounge PJ Trade Centre di sini pada petang Khamis.


XPDC Nyaris Berpecah
Selain Mael, XPDC kini dianggotai  pemain Eddie (bes), Lola (deram) Izu (gitaris).


Sementara itu, kata Mael, kerana sokongan peminat yang masih kuat sehingga kini membuatkan XPDC bakal mengadakan berkenaan pada 6 Jun 2015 di Stadium Merdeka dekat sini.

Konsert itu juga bersempena menyambut ulang tahun XPDC yang ke-26 sejak ia mula ditubuhkan pada tahun 1989.

"Menariknya konsert ini kami akan mempersembahkan sebantak 25 buah lagu yang pernah hit sebelum ini selama dua jam.

"Malah konsert ini akan dirakamkan untuk dijadikan sebuah album berkonsep DVD sebagai tanda penghargaan kepada peminat.

"Selain itu pada konsert itu nanti kami juga akan memberi sedikit  kejutan kepada para peminat," ujarnya.

Tiket berharga RM95 sudah mula dijual di semua cawangan Rock Corner atau boleh dibeli secara online di www.tickethotline.com.my atau hubungi 03-77251177.

Konsert Rockestra XPDC: Aku Masih Disini  dianjurkan oleh DuaLaris Event.

Antara lagu popular XPDC termasuklah Hentian Ini, Titian Perjalanan, Hairan Bin Ajaib, Senapang Patah dan Semangat Yang Hilang. - mstar

ADS HERE !!!
Newer Post
Older Post
Home
Hit Counter
Hit Counter

Find Us On Facebook

Labels

berita gosip hiburan info sensasi terkini

Blog Archive

LATEST POSTS

Popular Posts

  • Surat Terbuka Berani Mati Daripada Seorang Guru Untuk PM
    Kita semua sudah sedia maklum dengan khabar terbaru dimana harga petrol meningkat lagi sebanyak 10 sen seliter. Sebelum itu sejak GST dila...
  • Ini peluru terakhir Mahathir untuk Najib?
    Tulisan saudara Sayuti Omar di blog Merah tentang krisis Najib-Mahathir di mana MSO menyebut Mahathir tak akan menyerah kalah begitu sahaja...
  • Kerana Maki Polis, Keith Foo Didenda RM100
    Pelakon kacak, Keith Foo telah didenda dengan amaun RM100 oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur selepas mengaku bersalah mengeluarkan perka...
  • Video Anggota Jabatan Kesihatan Diacu Parang
    Tersebar dilaman sosial hari ini sebuah video yang menunjukkan satu kejadian di mana anggota dari Jabatan Kesihatan telah diugut dengan dia...
  • Kesenangan Azharina Hasil Uruskan Empat Syarikat
    Penyanyi Azharina menyangkal dakwaan yang mengatakan dia ditaja orang atasan sehingga mampu hidup mewah pada masa kini. Azharina...
Powered by Blogger.

Copyright © Mia Allesya Blog. All rights reserved. Your Links Here Link. Link Here.
New Thesis SEO V3. Designed by CB Blogger. Original Theme: Thesis SEO. Powered by Blogger