Mia Allesya Blog

  • Home
  • About
  • Sitemap
  • Privacy Policy
  • Contact
  • Dropdown Menu ▼
    • Submenu 1
    • Submenu 2
    • Submenu 3
  • Advertise
Home » hiburan » Raja Farah Sah Cerai Talak Satu

Raja Farah Sah Cerai Talak Satu

Posted by Unknown
» hiburan
» Monday, 25 May 2015

Pelakon dan pengacara Raja Farah memberitahu bahawa dia telah memfailkan perceraian terhadap suaminya Megat Bashirun Qhuyum Zakaria pada 5 Mei lalu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur, Jalan Duta.


Raja Farah Sah Cerai Talak Satu

"Kami sudah tidak sefaham. Kes kami akan dibicarakan esok (hari ini)," katanya kepada BH Online.

Menurut Raja Farah, dia dan suaminya sudah tidak lagi tinggal sebumbung sejak dua bulan lalu.

"Sudah lama saya boleh katakan kami tidak dapat hidup bersama. Akhirnya perpisahan ini yang akan menjadi jalan terbaik. Ikutkan hati memang tak mahu ia berakhir begini."

Dalam pada itu, Raja Farah turut mengakui dia sebenarnya tidak mahu mengambil keputusan untuk berpisah, namun dia terpaksa.

"Kami sudah hidup bersama cuma belum ada rezeki menimang anak. Susah senang kami lalui selama ini. Tapi ini suratan yang harus saya terima.

"Kekuatan mahu atau tidak perlu datang dalam diri. Saya banyak dekatkan diri berdoa semoga dipermudahkan segala-galanya, keluarga juga tak putus memberi sokongan." - tupai

ADS HERE !!!
Newer Post
Older Post
Home
Hit Counter
Hit Counter

Find Us On Facebook

Labels

berita gosip hiburan info sensasi terkini

Blog Archive

LATEST POSTS

Popular Posts

  • Ini peluru terakhir Mahathir untuk Najib?
    Tulisan saudara Sayuti Omar di blog Merah tentang krisis Najib-Mahathir di mana MSO menyebut Mahathir tak akan menyerah kalah begitu sahaja...
  • Surat Terbuka Berani Mati Daripada Seorang Guru Untuk PM
    Kita semua sudah sedia maklum dengan khabar terbaru dimana harga petrol meningkat lagi sebanyak 10 sen seliter. Sebelum itu sejak GST dila...
  • Kerana Maki Polis, Keith Foo Didenda RM100
    Pelakon kacak, Keith Foo telah didenda dengan amaun RM100 oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur selepas mengaku bersalah mengeluarkan perka...
  • Video Anggota Jabatan Kesihatan Diacu Parang
    Tersebar dilaman sosial hari ini sebuah video yang menunjukkan satu kejadian di mana anggota dari Jabatan Kesihatan telah diugut dengan dia...
  • Kesenangan Azharina Hasil Uruskan Empat Syarikat
    Penyanyi Azharina menyangkal dakwaan yang mengatakan dia ditaja orang atasan sehingga mampu hidup mewah pada masa kini. Azharina...
Powered by Blogger.

Copyright © Mia Allesya Blog. All rights reserved. Your Links Here Link. Link Here.
New Thesis SEO V3. Designed by CB Blogger. Original Theme: Thesis SEO. Powered by Blogger