Mia Allesya Blog

  • Home
  • About
  • Sitemap
  • Privacy Policy
  • Contact
  • Dropdown Menu ▼
    • Submenu 1
    • Submenu 2
    • Submenu 3
  • Advertise
Home » hiburan » Selepas MLM2014, Ke Mana Kumpulan Zero Menghilang?

Selepas MLM2014, Ke Mana Kumpulan Zero Menghilang?

Posted by Unknown
» hiburan
» Friday, 15 May 2015

Kumpulan Zero telah mencipta fenomena apabila memenangi Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM2014) tahun ini. Zero merupakan satu-satunya kumpulan yang bermula daripada hotseat dan berjaya menggondol gelaran juara. Memang tak pernah dilakukan oleh mana-mana peserta MLM2014 sebelum ini. 3 adik beradik ini mempunyai chemistry tersendiri dan telah membuatkan jutaan rakyat Malaysia tergelak berdekah-dekah dengan lawak mereka.


Selepas MLM2014, Ke Mana Kumpulan Zero Menghilang?

Namun selepas MLM2014, nama kumpulan Zero mula tenggelam. Jarang sungguh melihat kelibat mereka di kaca televisyen. Ke manakah mereka menghilang? Namun disebalik kehilangan itu, terdapat banyak aktiviti yang dilakukan oleh Zero selepas memenangi MLM2014.

1. Sibuk dengan penggambaran filem


Selepas MLM2014, Ke Mana Kumpulan Zero Menghilang?

Amboi, amboi, amboi. Daripada pelawak kepada pelakon. Ini satu peningkatan yang amat bagus.Teruja juga  apabila mengetahui yang kumpulan Zero bakal muncul di dalam filem Lu Mafia Gua Gangster. Tak sabar nak tengok aksi Melati berlakon. Mesti kelakar punya.

2. Balik kampung jumpa ahli keluarga & peminat

Selepas MLM2014, Ke Mana Kumpulan Zero Menghilang?

Setelah berpuluh minggu berkampung di Kuala Lumpur memerah keringat dan otak untuk membuat lawak sepanjang MLM2014, tiada yang lebih manis daripada pulang ke kampung halaman untuk berkongsi kemenangan dengan keluarga tercinta. Tentu kumpulan Zero terharu bila sampai ke kampung kerana ada kain rentang menanti mereka. Boleh menangis dibuatnya.

3. Buat show seluruh pelusuk Malaysia


Selepas MLM2014, Ke Mana Kumpulan Zero Menghilang?

anpa peminat-peminat mereka di seluruh Malaysia, kumpulan Zero tak akan dapat bergelar juara MLM2014. Satu Malaysia menghargai lawak Zero dengan cara mengundi kumpulan ini. Tidak mahu melupakan jasa para pengundi, kumpulan Zero telah meluangkan masa untuk menjelajah satu Malaysia membuat persembahan sebagai tanda penghargaan. Penat memang penat, tetapi inilah salah satu cara menghargai jasa para pengundi.

4. Sibuk makan Mister Potato


Selepas MLM2014, Ke Mana Kumpulan Zero Menghilang?

Comel juga aksi kumpulan Zero ini (terutamanya si Melati tue) apabila memakan Mister Potato. Kami percaya korang dah tengok iklan Mister Potato yang menampilkan mereka. Kelakar kan? Memang syok lepak dengan family sambil mulut mengunyah Mister Potato.

5. Hiburkan peminat di Mister Potato Lawak Tour


Selepas MLM2014, Ke Mana Kumpulan Zero Menghilang?

Kami juga merupakan salah seorang daripada ratusan peminat Zero yang telah hadir ke NZ Curry House Wangsa Maju bulan lalu untuk bergelak ketawa bersama Zero sempena Mister Potato Lawak Tour. Sempoi sungguh diorang nie. Walaupun dah bergelar juara MLM2014, tetap merendah diri dan paling penting, tetap kelakar. Kalau tak silap 24 Mei ini Zero akan buat kemunculan terakhir di UpTown Shah Alam bermula jam 8 malam untuk Mister Potato Lawak Tour. Informasi terkini tentang Mister Potato Lawak Tour akan sentiasa dikemaskini di Facebook Mister Potato. Sila jangan lepaskan peluang untuk melihat mereka beraksi secara ‘live’.

Itulah sedikit sebanyak aktiviti kumpulan Zero yang berjaya dibongkar selepas kemenangan mereka di MLM2014. Semoga bintang kumpulan Zero terus bersinar. Ingatlah pesanan orang tua, jangan cepat sombong,jangan cepat bangga dengan kejayaan, teruskan merendah diri dan berusaha segigih mungkin. Good luck and all the best buat Zero. Semoga akan menang MLM2015 pulak. - beautifulnara

ADS HERE !!!
Newer Post
Older Post
Home
Hit Counter
Hit Counter

Find Us On Facebook

Labels

berita gosip hiburan info sensasi terkini

Blog Archive

LATEST POSTS

Popular Posts

  • Foto Majlis Pernikahan Lana Nodin & David McKenzie
    Dengan hanya sekali lafaz, kini Lana Nodin dan David McKenzie telah pun sah bergelar suami isteri. Majlis pernikahan pasangan ini telah pu...
  • Ayda Jebat Pengsan Ketika Sesi Rakaman?
    Baru-baru ini, kami sempat menemuramah pelakon yang semakin meningkat naik, Ayda Jebat dan dia juga turut berkongsi cerita mengenai pengal...
  • Surat Terbuka Berani Mati Daripada Seorang Guru Untuk PM
    Kita semua sudah sedia maklum dengan khabar terbaru dimana harga petrol meningkat lagi sebanyak 10 sen seliter. Sebelum itu sejak GST dila...
  • Video Anggota Jabatan Kesihatan Diacu Parang
    Tersebar dilaman sosial hari ini sebuah video yang menunjukkan satu kejadian di mana anggota dari Jabatan Kesihatan telah diugut dengan dia...
  • Mamat Sepah Bakal Kembali Dalam Kumpulan Sepahtu
    Mamat merupakan bekas ahli kumpulan pelawak Sepah yang memenangi pertandingan Raja Lawak dan juga Maharaja Lawak bersama Jep dan Shuib. ...
Powered by Blogger.

Copyright © Mia Allesya Blog. All rights reserved. Your Links Here Link. Link Here.
New Thesis SEO V3. Designed by CB Blogger. Original Theme: Thesis SEO. Powered by Blogger