Mia Allesya Blog

  • Home
  • About
  • Sitemap
  • Privacy Policy
  • Contact
  • Dropdown Menu ▼
    • Submenu 1
    • Submenu 2
    • Submenu 3
  • Advertise
Home » info » Ugut Campak Durian Kalau Tak Beli Dengan Harga RM300!

Ugut Campak Durian Kalau Tak Beli Dengan Harga RM300!

Posted by Unknown
» info
» Thursday, 14 May 2015

Bayangkan anda berada dalam satu situasi yang mana ketika sedang berseorangan, tiba-tiba anda didatangi seorang lelaki yang kemudiannya memaksa anda membeli tiga biji durian dengan harga RM300.


Ugut Campak Durian Kalau Tak Beli Dengan Harga RM300!

Sudahlah harga yang diletak terlalu mahal, lagi bertambah menakutkan, individu tersebut turut mengugut untuk mencampakkan durian andai anda tidak membeli!

Ngeri, kan? Itulah detik cemas yang dikongsi seorang gadis apabila dia dan ahli keluarganya terpaksa berhadapan dengan lelaki tersebut.

Berkongsi pengalaman itu di laman Twitter, pemilik akaun, @tanlyanne menulis, insiden tersebut bermula apabila adik perempuannya didatangi seorang penjual durian yang menawarkan harga RM500 untuk tiga biji durian.


Ugut Campak Durian Kalau Tak Beli Dengan Harga RM300!

Oleh kerana harga yang tidak masuk akal, adiknya menolak urus niaga tersebut, lantas dia mengurangkannya menjadi RM300.


Ugut Campak Durian Kalau Tak Beli Dengan Harga RM300!

Bapanya kemudian masuk campur dengan menawarkan RM200 untuk durian tersebut, namun lelaki berkenaan tidak berpuas hati dan menolak harga itu.

Ugut Campak Durian Kalau Tak Beli Dengan Harga RM300!

Peniaga apa ni? Boleh pula paksa-paksa pelanggan untuk membeli jualannya. Bahkan, dia turut menolak urusan tawar-menawar. Memang betul-betul samseng ni.

Selain itu, gadis tersebut turut berkongsi taktik yang digunakan individu tersebut yang bertindak mengopek durian di hadapan adiknya agar mangsa tidak dapat menolak untuk membeli durian tersebut.

Nampaknya, buat individu-individu yang menggunakan Stesyen Minyak Petronas di Lebuh Raya Kesas mahupun mana-mana kawasan, anda harus lebih berhati-hati selepas ini.

Sesetengah manusia sememangnya tidak memiliki nurani suci, dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan wang secara mudah. - mynewshub

ADS HERE !!!
Newer Post
Older Post
Home
Hit Counter
Hit Counter

Find Us On Facebook

Labels

berita gosip hiburan info sensasi terkini

Blog Archive

LATEST POSTS

Popular Posts

  • Surat Terbuka Berani Mati Daripada Seorang Guru Untuk PM
    Kita semua sudah sedia maklum dengan khabar terbaru dimana harga petrol meningkat lagi sebanyak 10 sen seliter. Sebelum itu sejak GST dila...
  • Ini peluru terakhir Mahathir untuk Najib?
    Tulisan saudara Sayuti Omar di blog Merah tentang krisis Najib-Mahathir di mana MSO menyebut Mahathir tak akan menyerah kalah begitu sahaja...
  • Kerana Maki Polis, Keith Foo Didenda RM100
    Pelakon kacak, Keith Foo telah didenda dengan amaun RM100 oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur selepas mengaku bersalah mengeluarkan perka...
  • Video Anggota Jabatan Kesihatan Diacu Parang
    Tersebar dilaman sosial hari ini sebuah video yang menunjukkan satu kejadian di mana anggota dari Jabatan Kesihatan telah diugut dengan dia...
  • Kesenangan Azharina Hasil Uruskan Empat Syarikat
    Penyanyi Azharina menyangkal dakwaan yang mengatakan dia ditaja orang atasan sehingga mampu hidup mewah pada masa kini. Azharina...
Powered by Blogger.

Copyright © Mia Allesya Blog. All rights reserved. Your Links Here Link. Link Here.
New Thesis SEO V3. Designed by CB Blogger. Original Theme: Thesis SEO. Powered by Blogger