Mia Allesya Blog

  • Home
  • About
  • Sitemap
  • Privacy Policy
  • Contact
  • Dropdown Menu ▼
    • Submenu 1
    • Submenu 2
    • Submenu 3
  • Advertise
Home » hiburan » Che Ta Sekeluarga Tempah 60 Pasang Baju Raya

Che Ta Sekeluarga Tempah 60 Pasang Baju Raya

Posted by Unknown
» hiburan
» Friday, 26 June 2015

Pelakon Rozita Che Wan telah menyediakan 20 pasang baju kurung untuk digayakan bersempena dengan Aidilfitri bulan hadapan.


Che Ta Sekeluarga Tempah 60 Pasang Baju Raya

Rozita atau lebih mesra dengan sapaan Che Ta, 41, berkata, dia turut menyediakan jumlah sama untuk suaminya, Zain Saidin dan anak perempuan mereka, Aaisyah Dhia Rana yang kini berusia lapan bulan.

Ia menjadikan keseluruhan untuk  mereka tiga beranak ialah 60 pasang baju.

"Semua baju untuk hari raya sudah pun siap dan jumlah itu sebenarnya bukanlah hanya untuk dipakai pada hari raya sahaja tetapi ketika menghadiri jemputan rumah terbuka sepanjang sebulan Syawal.

"Paling penting bukan saya sahaja ada 20 pasang baju tetapi Zain dan Aaisyah juga," katanya.

Che Ta ditemui pada majlis berbuka puasa anjuran syarikat pengurusan Laugh Out Loud (LOL) Sdn Bhd di Hotel Sunway Putra di sini, Khamis.

Tambah Che Ta, dia sebenarnya lebih teruja untuk melihat Aaisyah tampil bergaya di pagi raya kerana sudah lama menantikan saat tersebut.

Jelasnya, persediaan untuk Aaisyah paling meriah memandangkan ini adalah tahun pertama dia dapat menyambut hari raya bersama anaknya itu.

"Teruja sebab akhirnya dapat saya beli dan pakaikan baju cantik-cantik untuk anak perempuan kerana sebelum ini asyik tengok orang lain sahaja.

"Sejak awal lagi saya sudah sediakan untuk Aaisyah malah kebanyakkan baju kami adalah dari rona sama," jelasnya.


Che Ta Sekeluarga Tempah 60 Pasang Baju Raya

Dalam perkembangan sama, Che Ta berkata, tahun ini dia terlebih dahulu beraya di rumah ibu mertuanya di Bukit Antarabangsa, Ampang di sini sebelum pulang ke kampung halamannya di Alor Star, Kedah.

Kata Rozita, dia akan menghabiskan masa di Kedah selama lima hari sebelum kembali ke ibu negara untuk menyambung aktiviti seninya.

"Kami sekeluarga akan berkonvoi bersama beberapa adik-beradik lain pulang ke Kedah dan akan mengambil kesempatan ini untuk menziarahi sanak-saudara di sana.

"Tetapi pada hari raya pertama kami akan bersama ibu Zain di Bukit Antarabangsa terlebih dahulu," katanya.- mstar

ADS HERE !!!
Newer Post
Older Post
Home
Hit Counter
Hit Counter

Find Us On Facebook

Labels

berita gosip hiburan info sensasi terkini

Blog Archive

LATEST POSTS

Popular Posts

  • Heliza Helmi Komen Kisah Bercinta Dengan Pensyarah
    Bekas peserta Akademi Fantasia musim ke 5 iaitu Heliza Helmi kini dikatakan sedang bercinta dengan seorang pensyarah. Sebelum ini,...
  • Fasha Sandha Tegur Sikap Pelakon Kanak-Kanak,Puteri Balqis
    Fasha Sandha tampil memberi komen tentang sikap pelakon cilik hasil pengaluamannya sendiri. Beliau mengakui ada sesetengah pelakon kanak-k...
  • Alif Satar Kesal Terima Tempias Gosip Aliff Aziz
    Penyanyi Alif Satar memberitahu terkilan apabila masih ada segelintir pihak terkeliru diantara dirinya dengan penyanyi Aliff Aziz. ...
  • Tunang Shukri Yahaya Cemburu Dengan Adegan Mesra Dalam Drama Dia Isteri Luar Biasa
    Aksi mesra diantara Shukri Yahaya dan Fathia Latiff didalam dram Dia Isteri Luar Biasa telah mengundang rasa cemburu tunang kepada aktor t...
  • Elizabeth Tan Jadi Punca Adira Putus Tunang
    Ketika ini sedang kencang khabar angin yang mendakwa penyanyi Elizabeth Tan sebenarnya menjadi punca kenapa Adira putus tunang. Menurut E...
Powered by Blogger.

Copyright © Mia Allesya Blog. All rights reserved. Your Links Here Link. Link Here.
New Thesis SEO V3. Designed by CB Blogger. Original Theme: Thesis SEO. Powered by Blogger