Pelakon jelita Anzalna Nasir bakal menamatkan zaman bujangnya dengan kekasih Hanif Zaki, namun masih belum mempunyai tarikh perkahwinan lagi dek kesibukan penggambaran drama.
"Perancangan untuk perkahwinan itu memang ada. Namun, sebelum berkahwin saya lebih dulu harus menyiapkan projek drama "Memori Cinta Suraya" yang dibintangi oleh saya.
"Buat masa sekarang pun, penggambaran drama ini baru siap 60 episod dan saya perlu memberi tumpuan dan komitmen sehingga penggambaran selesai.
"Saya memang sudah bersedia untuk berkahwin. Apatah lagi, saya berasakan kini setiap masa memberikan sokongan," katanya yang dipetik dari Harian Metro.
Dalam pada itu, Anzalna berkata bakal suaminya itu tidak menghalang dirinya untuk terus berlakon selepas berkahwin kelak kerana Hanif seorang yang memahami dan sentiasa memberi sokongan.
"Saya akan terus berlakon walaupun sudah berumah tangga nanti kerana Hanif begitu memahami dan dia tidak akan menghalang.
"Dia akan selalu menyokong saya."
Sumber : tupai
ADS HERE !!!