Pelakon filem Puaka Tebing Biru, Fahrin Ahmad selamat bernikah dengan ketua pramugari syarikat penerbangan antarabangsa Emirates Airlines, Elena Hani Eleas dengan sekali lafaz pada jam 10.40 pagi sebentar semalam. Memilih 9 Mei sebagai hari pernikahan, tarikh tersebut amat bermakna kepada Fahrin kerana dia menyambut ulangtahun kelahirannya ke-36 pada hari yang sama.
Membuat pengumuman untuk mengakhiri zaman bujang empat hari sebelum majlis dan merahsiakan identiti isterinya, ramai yang membuat spekulasi liar tentang isteri Fahrin. Timbul tuduhan yang isteri Fahrin merupakan seorang yang berstatus janda anak satu. Menyanggah spekulasi tersebut, Fahrin menafikan isterinya adalah seorang janda.
“Selepas sidang media tersebut, macam-macam cerita yang keluar mengenai isteri saya. Banyak telahan dan tekaan yang dilakukan. Ada yang membuat spekulasi mengatakan isteri saya seorang cikgu, seorang pramugari, malah ada juga yang mengatakan saya bakal berkahwin dengan seorang janda anak satu.
“Inilah antara spekulasi yang timbul dari ramai pihak. Namun begitu, semuanya adalah tidak benar. Isteri saya merupakan seorang bujang dan belum berkahwin. Saya merupakan suami pertama kepada Elena,” ujar Fahrin memulakan perbualan.
Ketika ditanya mengenai sikap isterinya yang membuat Fahrin terpikat, pelakon filem Pilot Café ini menggemari sikap Elena yang matang, bijak dan hati Elena yang sangat kuat.
“Elena bersikap matang dan bijak. Saya kagum dengan sifatnya yang kuat. Hatinya sangat cekal untuk menyimpan rahsia hubungan mereka. Dia langsung tidak memberitahu rakan-rakannya yang kami berdua menjalin hubungan. Dia sangat kuat menyimpan rahsia,” kata Fahrin lagi.
Bakal berbulan madu di Venice dan Monte Carlo, majlis resepsi perkahwinan mereka bakal dilakukan selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri lagi. Mereka masih belum mendapat tarikh spesifik bila majlis tersebut bakal diadakan kerana Elena masih belum mendapat cuti.
Sumber : murai
ADS HERE !!!