Mia Allesya Blog

  • Home
  • About
  • Sitemap
  • Privacy Policy
  • Contact
  • Dropdown Menu ▼
    • Submenu 1
    • Submenu 2
    • Submenu 3
  • Advertise
Home » gosip » hiburan » Amar Baharin Bakal Nikah Amyra Rosli Hujung Tahun

Amar Baharin Bakal Nikah Amyra Rosli Hujung Tahun

Posted by Unknown
» gosip, » hiburan
» Wednesday, 13 May 2015

Pelakon Amar Baharin terkejut apabila dikatakan sedang membuat persiapan untuk majlis perkahwinannya dengan pelakon Amyra Rosli yang dijangka hujung tahun ini.


Amar Baharin Bakal Nikah Amyra Rosli Hujung Tahun

Ammar, 30, dan Amyra Rosli turut dikatakan sudah meninjau lokasi majlis berkenaan dan melantik individu tertentu bagi menguruskan majlis itu.

"Kahwin? Saya pun tak tahu perkara ini dan macam mana pula orang boleh kata saya nak kahwin? Sekali lagi saya ingin perjelaskan bahawa saya dan Amyra hanyalah kawan kerja dan tidak lebih daripada itu," jelas Ammar kepada mStar Online pada Rabu menjawab gosip berkenaan.

Tambah Amar, ketika ini dia masih solo dan tidak menafikan hasrat untuk mendirikan rumah tangga namun mungkin masih belum temui jodohnya.

"Saya masih solo dan ada keinginan untuk kahwin. Cuma tak tahu bila," katanya.

Sementara itu, Amar menganggap namanya masih lagi dikaitkan dengan Amyra, 23, mungkin kerana kedua-dua mereka serasi apabila bergandingan dalam sesebuah drama yang dilakonkan.

"Sehingga kini sudah lima buah drama dan satu telefilem kami bergandingan bersama. Dan jujurnya kami serasi setiap kali melakonkan babak mesra. Mungkin kerana itu orang anggap ada sesuatu yang terjalin di antara kami. Tetapi sebenarnya tidak," ujarnya.

Antara drama gandingan Amar dan Amyra ialah Kalimah Jiwa, Kristal Maya dan Suamiku Encik Sotong.

Dalam perkembangan lain kedua-dua mereka turut bergandingan menerusi drama Cik Bunga Encik Sombong terbitan Global Station.

Sebelum kekecewaan telah melanda Amyra apabila hasratnya untuk mendirikan rumah tangga dengan aktor Dazrin tidak kesampaian walaupun majlis dirancang sudah hampir tiba. - mstar

ADS HERE !!!
Newer Post
Older Post
Home
Hit Counter
Hit Counter

Find Us On Facebook

Labels

berita gosip hiburan info sensasi terkini

Blog Archive

LATEST POSTS

Popular Posts

  • Surat Terbuka Berani Mati Daripada Seorang Guru Untuk PM
    Kita semua sudah sedia maklum dengan khabar terbaru dimana harga petrol meningkat lagi sebanyak 10 sen seliter. Sebelum itu sejak GST dila...
  • Ini peluru terakhir Mahathir untuk Najib?
    Tulisan saudara Sayuti Omar di blog Merah tentang krisis Najib-Mahathir di mana MSO menyebut Mahathir tak akan menyerah kalah begitu sahaja...
  • Kerana Maki Polis, Keith Foo Didenda RM100
    Pelakon kacak, Keith Foo telah didenda dengan amaun RM100 oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur selepas mengaku bersalah mengeluarkan perka...
  • Video Anggota Jabatan Kesihatan Diacu Parang
    Tersebar dilaman sosial hari ini sebuah video yang menunjukkan satu kejadian di mana anggota dari Jabatan Kesihatan telah diugut dengan dia...
  • Kesenangan Azharina Hasil Uruskan Empat Syarikat
    Penyanyi Azharina menyangkal dakwaan yang mengatakan dia ditaja orang atasan sehingga mampu hidup mewah pada masa kini. Azharina...
Powered by Blogger.

Copyright © Mia Allesya Blog. All rights reserved. Your Links Here Link. Link Here.
New Thesis SEO V3. Designed by CB Blogger. Original Theme: Thesis SEO. Powered by Blogger