Mia Allesya Blog

  • Home
  • About
  • Sitemap
  • Privacy Policy
  • Contact
  • Dropdown Menu ▼
    • Submenu 1
    • Submenu 2
    • Submenu 3
  • Advertise
Home » gosip » hiburan » Aweera Putus Rezeki Selepas Kontroversi Mojo

Aweera Putus Rezeki Selepas Kontroversi Mojo

Posted by Unknown
» gosip, » hiburan
» Wednesday, 13 May 2015

Penyanyi Aweera menyangkal dakwaan kononnya dia kini tidak mempunyai sebarang tawaran persembahan selepas dilanda kontroversi bersama kumpulan Mojo akhir tahun lalu.


Aweera Putus Rezeki Selepas Kontroversi Mojo

Aweera atau nama sebenar Nasharul Aweera Noriyissham, 24, berkata, perjalanan karier nyanyian solonya semakin rancak malah baharu sahaja melancarkan single   berjudul Terhakis.

"Alhamdulillah setakat ini tawaran masih ada biarpun pelbagai tohmahan negatif yang saya terima selepas 'drama' bersama Mojo sebelum ini.

"Dakwaan kononnya saya langsung tidak mendapat tawaran itu adalah sama sekali tidak benar," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Rabu.

Bercakap lanjut mengenai perkara itu, Aweera berkata, sebagai seorang penyanyi dia tidak boleh berpeluk tubuh dan menanti tawaran datang sebaliknya perlu berusaha untuk memajukan diri.


Bagaimanapun kata Aweera, dia tidak dapat berbuat apa-apa sekiranya ada pihak enggan memanggilnya mengadakan persembahan hanya kerana kontroversi sebelum ini.

"Pada saya perkara itu terpulang kepada diri sendiri kerana jika kita berusaha Insya-Allah, Tuhan akan membuka rezeki kita.

"Bagaimanapun pada pihak yang tidak mahu memanggil saya mengadakan persembahan itu saya tidak boleh berkata apa-apa," ujarnya.

Sementara itu, Aweera berkata, dia enggan mengenang tentang kontroversi melandanya sebelum ini kerana mahu memulakan kehidupan baru menerusi karier solonya.

Jelas Aweera, dia juga enggan mempedulikan kata-kata negatif dilemparkan kepadanya kerana sedar tidak dapat memuaskan hati semua pihak.

"Saya tidak terkesan dengan apa yang orang hendak perkatakan tentang saya kerana paling penting saya tahu kedudukan sebenar," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Aweera berkata, dia kini giat mempromosikan lagu Terhakis dengan membuat kemunculan dalam program televisyen dan temubual radio.

Lagu itu ditulis dan digubah sendiri oleh Aweera dengan bantuan rakannya yang juga komposer, Amir Syawal.

"Sebelum kedatangan bulan Ramadan saya kini sedang bersungguh-sungguh untuk mempromosikan Terhakis dan Alhamdulillah ia mendapat sambutan baik daripada peminat," katanya. - mstar

ADS HERE !!!
Newer Post
Older Post
Home
Hit Counter
Hit Counter

Find Us On Facebook

Labels

berita gosip hiburan info sensasi terkini

Blog Archive

LATEST POSTS

Popular Posts

  • Zalif Sidek Bakal Nikah Gadis Dari Terengganu
    Selepas satu-satu artis tanah air bakal menamatkan zaman bujang. Terdahulu dunia hiburan dikhabarkan berita gembira pernikahan Fahrin Ahmad...
  • Video Anggota Jabatan Kesihatan Diacu Parang
    Tersebar dilaman sosial hari ini sebuah video yang menunjukkan satu kejadian di mana anggota dari Jabatan Kesihatan telah diugut dengan dia...
  • Foto Selfie Fazura Dengan Anjing Dikecam Hebat
    Mungkin sudah lumrah bergelar selebriti, apa sahaja yang dilakukan pasti mendapat perhatian netizen. Buat itu tak kena, buat ini tak kena. ...
  • Selfie Fahrin Ahmad dan Elena Hani di Venice
    Sebelum ini Elena ada menyatakan ingin membawa lari suaminya Fahrin Ahmad ke Dubai. Tapi mereka akhirnya singgah dahulu ke Kota Percitaan...
  • Anzalna Nasir bakal tamat zaman bujang
    Pelakon jelita Anzalna Nasir bakal menamatkan zaman bujangnya dengan kekasih Hanif Zaki, namun masih belum mempunyai tarikh perkahwinan la...
Powered by Blogger.

Copyright © Mia Allesya Blog. All rights reserved. Your Links Here Link. Link Here.
New Thesis SEO V3. Designed by CB Blogger. Original Theme: Thesis SEO. Powered by Blogger