Mia Allesya Blog

  • Home
  • About
  • Sitemap
  • Privacy Policy
  • Contact
  • Dropdown Menu ▼
    • Submenu 1
    • Submenu 2
    • Submenu 3
  • Advertise
Home » hiburan » Salam Musik Terkejut Persamaan Lagu Malique

Salam Musik Terkejut Persamaan Lagu Malique

Posted by Unknown
» hiburan
» Wednesday, 13 May 2015

Penyanyi berkumpulan iaitu Salam Musik menganggap persamaan rentak single terbaharu mereka, Terima Kasih dengan lagu, VVS1 nyanyian Malique ft Chi Qa adalah satu kebetulan.


Salam Musik Terkejut Persamaan Lagu Malique

Vokalis kumpulan ini, Ashraf Salam, 27, memberi reaksi terkejut apabila disoal mengenai perkara itu dan berkata dia langsung tidak pernah mendengar lagu yang dimaksudkan.

“Jika nak bercakap mengenai muzik, hanya terdapat 12 note sahaja dan semua akan gunakan benda yang sama jadi saya rasa ini satu kebetulan.

“Sejujurnya kami langsung tidak pernah mendengar lagu yang dimaksudkan tersebut,” katanya kepada mStar Online.

Salam Musik ditemui pada majlis pelancaran muzik video baharu, Terima Kasih di Gema Pelagu, Seksyen U12, di sini pada Rabu.

Salam Musik Terkejut Persamaan Lagu Malique

Dalam pada itu, Ashraf menjadikan persamaan yang dikatakan wujud itu sebagai satu perkara positif dan meminta pendengar sendiri menilai lagu tersebut.

“Pada saya benda ini menarik, sekurang-kurangnya sudah ada rentak seperti ini di negara kita dan diharap lebih banyak lagi pada masa akan datang.

“Mungkin peminat boleh cuba bandingkan serta menilai sendiri, adakah benar atau sebaliknya kerana melodi lagu kami dihasilkan oleh warga Lebanon,” katanya.

Selain itu, Salam Musik berkata lagu Terima Kasih tersebut ditujukan khas buat peminat sebagai tanda sokongan dan ia merupakan lagu yang sudah lama ditulis iaitu pada 2013.

Video muzik yang diterbitkan oleh MotioFixo ini akan dapat ditonton di YouTube pada Jumaat (esok).

Kumpulan Salam Music terdiri daripada Ashraf Salam, Eyza Bahra (vokal), Kamal Razali (gitar), Bulya, Kevin Theng (dram), Adam, Wawa, Ammar Habir (keyboard), Payung (trumpet), Jazmi, Aabid (Saksafon) dan Efry Arwis (bes).

Dalam perkembangan lain, mereka akan mengadakan persembahan dalam satu festival hiburan merentasi benua Eropah iaitu di Holland serta Belgium pada bulan Julai dan Ogos depan selama dua minggu.

Mereka berkata penonton di luar negara suka pada muzik yang ditonjolkan Salam Muzik yang menerapkan cirri-ciri budaya Nusantara. - mstar

ADS HERE !!!
Newer Post
Older Post
Home
Hit Counter
Hit Counter

Find Us On Facebook

Labels

berita gosip hiburan info sensasi terkini

Blog Archive

LATEST POSTS

Popular Posts

  • Surat Terbuka Berani Mati Daripada Seorang Guru Untuk PM
    Kita semua sudah sedia maklum dengan khabar terbaru dimana harga petrol meningkat lagi sebanyak 10 sen seliter. Sebelum itu sejak GST dila...
  • Ini peluru terakhir Mahathir untuk Najib?
    Tulisan saudara Sayuti Omar di blog Merah tentang krisis Najib-Mahathir di mana MSO menyebut Mahathir tak akan menyerah kalah begitu sahaja...
  • Kerana Maki Polis, Keith Foo Didenda RM100
    Pelakon kacak, Keith Foo telah didenda dengan amaun RM100 oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur selepas mengaku bersalah mengeluarkan perka...
  • Video Anggota Jabatan Kesihatan Diacu Parang
    Tersebar dilaman sosial hari ini sebuah video yang menunjukkan satu kejadian di mana anggota dari Jabatan Kesihatan telah diugut dengan dia...
  • Kesenangan Azharina Hasil Uruskan Empat Syarikat
    Penyanyi Azharina menyangkal dakwaan yang mengatakan dia ditaja orang atasan sehingga mampu hidup mewah pada masa kini. Azharina...
Powered by Blogger.

Copyright © Mia Allesya Blog. All rights reserved. Your Links Here Link. Link Here.
New Thesis SEO V3. Designed by CB Blogger. Original Theme: Thesis SEO. Powered by Blogger