Mia Allesya Blog

  • Home
  • About
  • Sitemap
  • Privacy Policy
  • Contact
  • Dropdown Menu ▼
    • Submenu 1
    • Submenu 2
    • Submenu 3
  • Advertise
Home » hiburan » Mustar Juara 'Kilauan Emas 5' Rangkul RM110,000, Motosikal

Mustar Juara 'Kilauan Emas 5' Rangkul RM110,000, Motosikal

Posted by Unknown
» hiburan
» Wednesday, 27 May 2015

Peserta dari Selangor iaitu Mustaffa Rasyid Abd Jabar menepati ramalan apabila muncul sebagai juara pertandingan Kilauan Emas musim kelima yang diadakan secara langsung di Pusat Konvensyen CIDB di sini pada malam Rabu.


Mustar Juara 'Kilauan Emas 5' Rangkul RM110,000, Motosikal

Mustaffa atau lebih mesra dengan sapaan Mustar menerima hadiah berupa wang tunai RM100,000, sebuah motorsikal sumbangan Royal Enfield bernilai RM50,000, sebuah kerusi urut sumbangan Go Shop beserta trofi.

Mustar, 47, turut menerima Anugerah Khas Juri dan membawa pulang RM10,000.

Naib juara pula milik Wan Muhammad Logan Wan Abdul atau Elji, 44, berjaya membawa pulang hadiah tunai berjumlah RM50,000, perkakas masakan sumbangan Go Shop berserta trofi.

Manakala tempat ketiga milik Mursalim Muhidin atau Aling, 44 dan melayakkan dia menerima hadiah wang tunai berjumlah RM30,000, perkakas memasak sumbangan Go Shop berserta trofi.


Mustar Juara 'Kilauan Emas 5' Rangkul RM110,000, Motosikal

Satu-satunya peserta wanita, Hazlina Wati Zainuddin, 42, terpaksa berpuas hati ditempat terakhir dan membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM10,000 dan trofi.

Terdahulu, Mustar dan Elji berentap dalam pusingan 'battle' bagi memberi peluang kedua kepada mereka untuk mendapat undian penonton bagi merebut gelaran juara.

Hadiah disampaikan oleh Pengurus Saluran Astro Prima, Namanzee Harris.

Markah peserta diadili 70 peratus daripada penilaian juri profesional yang terdiri daripada Datuk Ramli MS, Erra Fazira dan Datuk Hattan manakala 30 peratus lagi berdasarkan undian Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) penonton.


Mustar Juara 'Kilauan Emas 5' Rangkul RM110,000, Motosikal

Penerbit dan pelakon Datuk Rosyam Nor pula dijemput sebagai juri jemputan.

Pada peringkat akhir ini menyaksikan para peserta diberi peluang memilih sendiri lagu pilihan mereka menerusi dua pusingan persembahan.

Selain menyanyi secara solo, peserta juga perlu mengadakan persembahan bersama artis undangan.

Empat artis yang tampil berduet dengan kesemua peserta adalah Abdul Rahman Kamaruddin, Maria Bachok, Lan Kristal dan Adira.

Program yang dikendalikan oleh Raja Azura itu turut menampilkan persembahan istimewa daripada Joey (BPR), Man Bai, Ali (XPDC) dan Mael (XPDC).

Kilauan Emas musim kelima disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Prima dan Maya HD pada pukul 9 malam. - mstar

ADS HERE !!!
Newer Post
Older Post
Home
Hit Counter
Hit Counter

Find Us On Facebook

Labels

berita gosip hiburan info sensasi terkini

Blog Archive

LATEST POSTS

Popular Posts

  • Ini peluru terakhir Mahathir untuk Najib?
    Tulisan saudara Sayuti Omar di blog Merah tentang krisis Najib-Mahathir di mana MSO menyebut Mahathir tak akan menyerah kalah begitu sahaja...
  • Surat Terbuka Berani Mati Daripada Seorang Guru Untuk PM
    Kita semua sudah sedia maklum dengan khabar terbaru dimana harga petrol meningkat lagi sebanyak 10 sen seliter. Sebelum itu sejak GST dila...
  • Kerana Maki Polis, Keith Foo Didenda RM100
    Pelakon kacak, Keith Foo telah didenda dengan amaun RM100 oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur selepas mengaku bersalah mengeluarkan perka...
  • Video Anggota Jabatan Kesihatan Diacu Parang
    Tersebar dilaman sosial hari ini sebuah video yang menunjukkan satu kejadian di mana anggota dari Jabatan Kesihatan telah diugut dengan dia...
  • Kesenangan Azharina Hasil Uruskan Empat Syarikat
    Penyanyi Azharina menyangkal dakwaan yang mengatakan dia ditaja orang atasan sehingga mampu hidup mewah pada masa kini. Azharina...
Powered by Blogger.

Copyright © Mia Allesya Blog. All rights reserved. Your Links Here Link. Link Here.
New Thesis SEO V3. Designed by CB Blogger. Original Theme: Thesis SEO. Powered by Blogger