Mia Allesya Blog

  • Home
  • About
  • Sitemap
  • Privacy Policy
  • Contact
  • Dropdown Menu ▼
    • Submenu 1
    • Submenu 2
    • Submenu 3
  • Advertise
Home » gosip » hiburan » Punca Sharifah Shahira Disisihkan

Punca Sharifah Shahira Disisihkan

Posted by Unknown
» gosip, » hiburan
» Wednesday, 27 May 2015

Pelakon dan pengacara, Shira mendedahkan kerjaya seninya tersekat kerana disisihkan  gara-gara dia bekejra sebagai deejay di Ultra FM.


Punca Sharifah Shahira Disisihkan

Shira atau nama sebenarnya Sharifah Shahirah Syed Abu Bakar, 40, berkata, tawaran menjadi hos di saluran televisyen juga gagal diterimanya kerana tugas itu.

"Saya pun tidak faham kenapa kebanyakkan stesen tv yang ingin mengambil saya sebagai  hos membatalkan tawaran yang diberikan hanya kerana saya bekerja dengan Ultra FM?

"Banyak tawaran diberikan kepada saya tetapi bila tahu saya bekerja dengan radio Ultra mereka berubah fikiran sedangkan pengurusan stesen radio itu tidak menghalang saya untuk mengembangkan kerjaya saya," katanya ketika dihubungi mStar Online.

Shira berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai penamatan kontraknya dengan stesen radio itu yang berkuatkuasa 2 Jun depan selepas berkhdimat selama dua tahun.


Punca Sharifah Shahira Disisihkan

Shira bersiaran setiap hari mengendalikan segmen Ultra Petang selama lima jam bermula pukul 3 petang.

Ultra FM boleh dikuti menerusi frekuensi 101.3 FM sekitar Lembah Klang.

Dalam pada itu, Shira berkata, dia terkilan dengan tindakan beberapa stesen televisyen yang melakukan diskriminasi tersebut kerana ia sedikit sebanyak menggangu kerjayanya sebagai pengacara.

"Saya sebenarnya terkilan kerana tidak menyangka perkara seperti ini boleh berlaku sedangkan saya tidak melakukan sebarang kesalahan tetapi saya dipinggirkan seolah-olah  melakukan kesalahan besar.

"Ia sedikit sebanyak  mengganggu kerjaya saya sebagai pengacara kerana saya cuma ingin bekerja dan mencari rezeki untuk menampung kehidupan keluarga," katanya.

Tambah Shira, akibat hal itu ramai peminat bertanya kenapa dia sudah tidak lagi muncul di mana-mana saluran televisyen.

Dia juga berharap agak pihak stesen televisyen tidak meminggirkannya lagi kerana dia kini sudah tidak mempunyai kontrak bersama saluran radio itu.

Dalam pada itu Pengurus Besar Ultra FM, Hawa Abdul Hamid berkata, pihaknya berpuas hati dengan prestasi Shira sepanjang bertugas di stesen radio berkenaan.

Katanya, Shira mendapat banyak tawaran menjadi hos tetapi kerjayanya itu tersekat kerana tugasnya sebagai dejay di stesen berkenaan yang memerlukan dia memberi komitmen sepenuh masa.

“Kami anggap Shira sebagai aset Ultra FM tetapi kami tak boleh halang dia kerana tawaran yang datang di luar sana cukup banyak dan dia perlu memilih satu diantara dua pilihan itu,” jelas Hawa. - mstar

ADS HERE !!!
Newer Post
Older Post
Home
Hit Counter
Hit Counter

Find Us On Facebook

Labels

berita gosip hiburan info sensasi terkini

Blog Archive

LATEST POSTS

Popular Posts

  • Zalif Sidek Bakal Nikah Gadis Dari Terengganu
    Selepas satu-satu artis tanah air bakal menamatkan zaman bujang. Terdahulu dunia hiburan dikhabarkan berita gembira pernikahan Fahrin Ahmad...
  • Video Anggota Jabatan Kesihatan Diacu Parang
    Tersebar dilaman sosial hari ini sebuah video yang menunjukkan satu kejadian di mana anggota dari Jabatan Kesihatan telah diugut dengan dia...
  • Foto Selfie Fazura Dengan Anjing Dikecam Hebat
    Mungkin sudah lumrah bergelar selebriti, apa sahaja yang dilakukan pasti mendapat perhatian netizen. Buat itu tak kena, buat ini tak kena. ...
  • Selfie Fahrin Ahmad dan Elena Hani di Venice
    Sebelum ini Elena ada menyatakan ingin membawa lari suaminya Fahrin Ahmad ke Dubai. Tapi mereka akhirnya singgah dahulu ke Kota Percitaan...
  • Anzalna Nasir bakal tamat zaman bujang
    Pelakon jelita Anzalna Nasir bakal menamatkan zaman bujangnya dengan kekasih Hanif Zaki, namun masih belum mempunyai tarikh perkahwinan la...
Powered by Blogger.

Copyright © Mia Allesya Blog. All rights reserved. Your Links Here Link. Link Here.
New Thesis SEO V3. Designed by CB Blogger. Original Theme: Thesis SEO. Powered by Blogger