Mia Allesya Blog

  • Home
  • About
  • Sitemap
  • Privacy Policy
  • Contact
  • Dropdown Menu ▼
    • Submenu 1
    • Submenu 2
    • Submenu 3
  • Advertise
Home » hiburan » NanaSheme Tidak Sangka Hantu Atau Buaya Jadi Perhatian

NanaSheme Tidak Sangka Hantu Atau Buaya Jadi Perhatian

Posted by Unknown
» hiburan
» Saturday, 16 May 2015

Penyanyi NanaSheme tidak menyangka lagu single keduanya Hantu atau Buaya mendapat sambutan di kalangan penggemar muzik tempatan.


NanaSheme Tidak Sangka Hantu Atau Buaya Jadi Perhatian

NanaSheme atau nama sebenarnya Nur Nabilah Hashimi, 20, berkata dia berasa  terkejut dengan sambutan yang diberikan oleh peminat kerana single pertamanya, Pemintaan Hati kurang mendapat perhatian.

"Saya sebenarnya tidak menyangka lagu ini mendapat tempat di dalam hati peminat kerana sebelum ini Permintaan Hati  tidak mendapat sambutan sebegini.

"Pada awalnya saya amat terkejut apabila membuat persembahan baru-baru ini kerana ramai yang menyanyikan lagu ini walaupun orang ramai kurang mengenali saya tetapi mereka mengetahui lagu tersebut," katanya kepada mStar Online.

Nana berkata demikian ketika diminta untuk mengulas mengenai sambutan lagu single keduanya yang kini mendapat perhatian masyarakat.


NanaSheme Tidak Sangka Hantu Atau Buaya Jadi Perhatian

Sementara itu, Nana kini masih merupakan pelajar Diploma Bangunan Universiti Teknologi MARA Sarawak (UiTM Sarawak) dan enggan pengajiannya terjejas semata-mata mahu mengejar impian sebagai penghibur serba boleh.

"Sekarang ini saya masih belajar dan akan memberi fokus sepenuhnya pada pengajian dan apabila cuti semester saya akan datang ke Kuala Lumpur untuk tujuan promosi ataupun mengadakan persembahan.

"Sebelum menandatangani perjanjian bersama pihak pengurusan Life Records, saya telah jelaskan sebarang persembahan hanya boleh dilakukan ketika cuti semester ataupun pada hujung minggu,” katanya lagi.

Nana turut memberitahu bahawa sehingga kini dia masih dapat mengimbangi diantara pelajaran dan kerjayanya serta menganggap perkara itu tidak membebankan dirinya.

Sementara itu, Nana turut menjelaskan mengenai imej baru yang tampil bertudung bukan untuk meniru seorang lagi penyanyi kelahiran YouTube iaitu Najwa Latif. 

"Saya tidak meniru sesiapa tetapi keputusan untuk bertudung dilakukan oleh diri sendiri tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak.

"Pada setiap tahun bulan puasa saya akan bertudung untuk menghormati bulan Ramadhan tetapi pada tahun lepas saya mengambil keputusan untuk bertudung sepenuhnya kerana berasa selesa dengan imej ini," jelasnya. - mstar

ADS HERE !!!
Newer Post
Older Post
Home
Hit Counter
Hit Counter

Find Us On Facebook

Labels

berita gosip hiburan info sensasi terkini

Blog Archive

LATEST POSTS

Popular Posts

  • Surat Terbuka Berani Mati Daripada Seorang Guru Untuk PM
    Kita semua sudah sedia maklum dengan khabar terbaru dimana harga petrol meningkat lagi sebanyak 10 sen seliter. Sebelum itu sejak GST dila...
  • Ini peluru terakhir Mahathir untuk Najib?
    Tulisan saudara Sayuti Omar di blog Merah tentang krisis Najib-Mahathir di mana MSO menyebut Mahathir tak akan menyerah kalah begitu sahaja...
  • Kerana Maki Polis, Keith Foo Didenda RM100
    Pelakon kacak, Keith Foo telah didenda dengan amaun RM100 oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur selepas mengaku bersalah mengeluarkan perka...
  • Video Anggota Jabatan Kesihatan Diacu Parang
    Tersebar dilaman sosial hari ini sebuah video yang menunjukkan satu kejadian di mana anggota dari Jabatan Kesihatan telah diugut dengan dia...
  • Kesenangan Azharina Hasil Uruskan Empat Syarikat
    Penyanyi Azharina menyangkal dakwaan yang mengatakan dia ditaja orang atasan sehingga mampu hidup mewah pada masa kini. Azharina...
Powered by Blogger.

Copyright © Mia Allesya Blog. All rights reserved. Your Links Here Link. Link Here.
New Thesis SEO V3. Designed by CB Blogger. Original Theme: Thesis SEO. Powered by Blogger