Mia Allesya Blog

  • Home
  • About
  • Sitemap
  • Privacy Policy
  • Contact
  • Dropdown Menu ▼
    • Submenu 1
    • Submenu 2
    • Submenu 3
  • Advertise
Home » berita » Perjalanan Umpama Neraka

Perjalanan Umpama Neraka

Posted by Unknown
» berita
» Saturday, 16 May 2015

"Tolonglah hubungi keluarga saya. Mereka tidak ada makanan dan minuman, mereka akan mati tidak lama lagi.".

Rayuan itu dibuat oleh seorang warga Rohingya, Hakim,37, yang kini bekerja di Malaysia selama dua tahun.


Perjalanan Umpama Neraka

Dia meninggalkan kem UNHCR di Bangladesh dan menaiki bot dari bandar Cox Bazar, sebuah pelabuhan perikanan yang menjadi lokasi pemerdagangan manusia ke Malaysia.

Kini ahli keluarganya yang melakukan perjalanan yang sama terkandas di atas sebuah bot di luar pantai Thailand dan menunggu untuk diselamatkan.

Hakim memberitahunya dalam satu panggilan singkat bahawa 28 daripada 300 penumpang yang berada di dalam bot itu telah meninggal dunia.

The Star dan badan pemantau hak asasi manusia Asia cuba untuk menghubungi nombor yang diberikan Hakim tetapi tidak berjaya.

“Di Bangladesh, mereka beritahu saya boleh mencari duit di Malaysia. Jadi saya datang ke sini agar boleh menampung perbelanjaan isteri dan tiga orang anak saya,” katanya.

Hakim berkata, ejen penyeludup memujuknya dan beberapa yang lain agar membayar wang antara RM8,000 hingga RM10,000 untuk menaiki sebuah kapal usang.

“Di atas kapal itu, sesetengah penumpang jatuh sakit. Mereka dibuang ke laut walaupun masih hidup,” katanya.

Warga Bangladesh, Rezaul, 18, yang menaiki bot yang sama berkata, kumpulan penyeludup itu memadatkan 900 penumpang di atas kapal tersebut.

"Perjalanan mengambil masa tiga bulan untuk sampai ke kem dimana kami diminta untuk membayar RM9,000 setiap seorang. Kami dipukul dengan batang besi dan diarah untuk berjalan di dalam hutan dari pukul 1 pagi hingga 3 petang setiap hari tanpa minum air.

"Polis sering meminta wang dari kami. Kehidupan agak teruk di sini tetapi tiada pekerjaan di negara sendiri," kata Rezaul.

Seorang lagi warga Bangladesh, Rashed, 24, terpaksa membayar ejen sebanyak RM15,000 untuk mendapatkan visa bekerja di sebuah restoran tetapi dia dihantar bekerja di tempat pembinaan.

“Majikan saya memegang pasport menyebabkan saya selalu berdepan masalah dengan pihak berkuasa kerana visa bekerja tidak sama dengan tempat bekerja,” katanya.

Manakala seorang pengawal keselamatan dari Nepal, Janga Bahadur,45, menerima gaji RM50 sehari untuk tempoh bekerja 12 jam tanpa cuti.

Katanya, walaupun mempunyai permit pekerjaan yang sah, dia dan kawan-kawannya selalu meminta wang daripadanya dan juga rakan-rakan.

Malah, majikannya juga turut memotong RM10 sebulan untuk bayaran bil elektrik dan air di rumah sewa mereka.

“Hampir 80 orang tinggal dalam sebuah rumah teres. Tandas tidak berfungsi, jadi kami perlu bergilir-gilir untuk ke bilik mandi,” jelasnya.

Selain itu, seorang lagi warga Rohingya, Salaudin, 16, berkongsi tempat tidur di dalam sebuah kontena yang berukuran 2.4 meter lebar dan 6 meter panjang bersama dengan 13 lagi lelaki lain.

Mereka mandi di tempat terbuka dan bekalan elektrik tidak menentu.

Salaundin berkata Malaysia jauh lebih baik berbanding negara kelahirannya di Rakhine.

"Sekurang-kurangnya saya boleh keluar. Polis hanya meminta wang daripada saya. Apabila balik ke negara sendiri, polis jauh lebih teruk," katanya. - mstar

ADS HERE !!!
Newer Post
Older Post
Home
Hit Counter
Hit Counter

Find Us On Facebook

Labels

berita gosip hiburan info sensasi terkini

Blog Archive

LATEST POSTS

Popular Posts

  • Zalif Sidek Bakal Nikah Gadis Dari Terengganu
    Selepas satu-satu artis tanah air bakal menamatkan zaman bujang. Terdahulu dunia hiburan dikhabarkan berita gembira pernikahan Fahrin Ahmad...
  • Video Anggota Jabatan Kesihatan Diacu Parang
    Tersebar dilaman sosial hari ini sebuah video yang menunjukkan satu kejadian di mana anggota dari Jabatan Kesihatan telah diugut dengan dia...
  • Foto Selfie Fazura Dengan Anjing Dikecam Hebat
    Mungkin sudah lumrah bergelar selebriti, apa sahaja yang dilakukan pasti mendapat perhatian netizen. Buat itu tak kena, buat ini tak kena. ...
  • Selfie Fahrin Ahmad dan Elena Hani di Venice
    Sebelum ini Elena ada menyatakan ingin membawa lari suaminya Fahrin Ahmad ke Dubai. Tapi mereka akhirnya singgah dahulu ke Kota Percitaan...
  • Anzalna Nasir bakal tamat zaman bujang
    Pelakon jelita Anzalna Nasir bakal menamatkan zaman bujangnya dengan kekasih Hanif Zaki, namun masih belum mempunyai tarikh perkahwinan la...
Powered by Blogger.

Copyright © Mia Allesya Blog. All rights reserved. Your Links Here Link. Link Here.
New Thesis SEO V3. Designed by CB Blogger. Original Theme: Thesis SEO. Powered by Blogger